Ask a Health Question

Free health questions & answers related to contraception, sexual health, mental health, medicine information, general queries, women health and much more. Learn from existing base of health questions.

Rawatan mati pucuk

Mati pucuk atau lebih dikenali sebagai lemah tenaga batin boleh didefinisikan sebagai penyakit semula jadi di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika ingin melakukan hubungan seks. Ia juga merujuk kepada ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks.

  • Punca mati pucuk yang dapat dikenal pasti adalah kerana pengaliran darah yang tidak mencukupi atau terdapat halangan yang menyebabkan aliran darah berkurangan atau tersekat,justeru menyebabkan ketegangan alat kelamin lelaki tidak dapat dicapai pada tahap yang memuaskan.Justeru itu,masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah dan menyebabkan aliran darah yang tidak memuaskan .
  • Penyakit mental seperti kemurungan serta kebimbangan juga memberi implikasi negatif kepada aliran darah.Hormon juga salah satu faktor yang diperlukan untuk penengangan zakar ,oleh kerana itu hormon seperti ‘Testosterone’, ‘Endorphin’ dan hormon tiroid.Kecederaan secara langsung kepada alat kelamin lelaki juga menyebabkan aliran darah terjejas.Kegagalan hati dan buah pinggang juga boleh memberi kesan kepada hormon.
  • Penyakit Parkinson boleh menyebabkan hormon ‘Dopamine’ berkurangan lantas menyebabkan ganguan kepada pengekalan ketegangan zakar.
  • Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ‘Amphetamines’,’Barbiturates’ serta pengunaan dadah terlarang seperti ganja,cocain juga menyumbang kepada Mati pucuk.